Kurangkan Kesan Radiasi

by Ally on March 15, 2011


Jangan keluar dan tutup semua pintu dan tingkap. Cuba pastikan rumah kedap udara. Matikan suis gas. Jangan tinggalkan rumah anda.

Kesan radiasi dari Jepun dibimbangi akan hanyut ke selatan ke Taiwan.

Jika seseorang itu harus meninggalkan rumah, pakai topeng wajah, cermin mata hitam dan guna payung untuk menurunkan risiko pencemaran radioaktif.

Saranan lain adalah untuk mengambil pil iodin jika seseorang disyaki telah terdedah kepada pancaran radiasi yang tinggi. Pil yang diberi nama Iostat - mengandungi potassium iodide yang digunakan untuk melindungi kelenjar tiroid dari pancaran radiasi yang terlalu banyak.

Namun, seseorang harus mengambil pil iodin jika disarankan untuk melakukannya oleh pegawai kesihatan masyarakat. Mengambil pil ini terlalu banyak tidak akan memberi kesan protektif.

Bahkan, dos besar iodin selama tempoh masa yang lama meningkatkan risiko kesan sampingan seperti ruam kulit, pembengkakan, dan iodism - sebuah sindrom yang meliputi rasa terbakar di mulut dan tekak seseorang.

Leave a Comment

Previous post:

Next post: