Apakah Fondant dan Cara Membuatnya

by Ally on May 27, 2013

Apakah Fondant?

Fondant adalah sejenis  topping atau bahan hiasan kek yang boleh dibentuk boleh dibentuk mengikut keinginan anda. Untuk melitupi cake dan juga digunakan untuk membuat hiasan seperti ornaments pada cake seperti pita, kerutan/renda, bunga juga sebarang bentuk yang dikehendaki itulah kegunaan fondant.

Apakah Fondant dan Cara Membuatnya

Fondant dibuat dari campuran gula, gelatin, glucose, glycerin, dan shortening. Gula adalah bahagian terbesar dalam pembuatan fondant. Untuk mengukuhkan lagi struktur fondant kadang-kala gum ditambah kepada adunannya. Untuk panduan anda resepi fondant di sini dan sini.  Jika anda ingin  lebih senang, anda boleh beli fondant yang sudah siap dari kedai-kedai bakeri.

Fondant pada asalnya berwarna putih, untuk fondant yang berwarna-warni anda harus mencampurkan pewarna makanan samada water base atau oil base. Yang paling sesuai adalah pewarna yang berupa pes atau gel walaupun harganya lebih mahal.

Penggunaan Fondant

Ketika anda ingin menguli doh fondant, tabur tempat menguli dengan tepung jagung supaya tidak melekat pada tempat tersebut. Untuk melekatkan ornamen/hiasan yang diperbuat daripada fondant, hanya sapukansedikit air dengan menggunakan berus.

Penyimpanan Kek Bersalut Fondant

Kek yang telah dihias dengan fondant tidak boleh disimpan dalam peti sejuk kerana:

  • kerana dalam peti sejuk terdapat banyak lembapan yang akan merosakkan fondant.
  • apabila dikeluarkan dari peti sejuk akan terjadi kondensasi/berpeluh (terdapat titis air) yang akan merosakkan fondant.

Kek fondant juga akan rosak jika di letak pada suhu biasa yang panas dan lembap melebihi 10 jam lapisan fondantnya akan menjadi kendur dan berkerut. Malahan ia akan menjadi lembik dan bahkan meleleh.

Tempat yang paling sesuai untuk menyimpan kek fondant ialah dalam bilik yang berhawa dingin sementara menungga waktu untuk dihidangkan.

Cara Menyimpan Lebihan Fondant

Untuk menyimpan lebihan adunan fondant yang belum digunakan ia perlu dibungkus dalam plastik dan disimpan dalam bekas yang kedap udara. Kemudian disimpan di tempat yang sejuk dan kering.

Jangan simpan dalam peti sejuk kerana:

  • ia akan mengeras,
  • bila dikeluarkan ia akan berpeluh dan menyebabkan strukturnya rosak.

Majlis perkahwinan, pertunangan atau sebagai hantaran kebiasaannya anda kek fondant akan digunakan. Jika anda berkesempatan dan berminat bolehlah buat sendiri kek fondant.

Leave a Comment

Previous post:

Next post: