10 Kebaikan Madu Untuk Kesihatan

by Ally on April 2, 2013

Madu ada banyak kebaikan selain rasanya yang sedap dan manis madu juga merupakan ubat sebagai penyembuh. Gula sangat tidak bernilai berbanding madu.



Madu tempatan lebih baik kerana ia dihasilkan oleh lebah tempatan, ia mengandungi ciri-ciri yang merangsang sistem ketahanan badan (immune system) yang sesuai dengan persekitaran tempatan. Selain daripada itu madu asli adalah segar, madu asli juga lebih mempunyai rasa yang lebih sedap dan lebih berkhasiat. Selain itu, apabila anda membeli madu dari petani tempatan, anda akan membantu ekonomi tempatan juga.

10 Kebaikan Madu Ialah:

  1. Meningkatkan tenaga
  2. Bagus untuk menghilangkan morning sickness atau rasa loya.
  3. Baik untuk sakit tekak, laryngitis dan pharyngitis.
  4. Madu yang dicampur serbuk kayu manis boleh membantu dalam pelbagai aspek antaranya termasuk membantu daripada jangkitan pundi kencing, artritis, sakit perut dan nafas berbau. Ia juga dapat melngurangkan keguguran rambut.
  5. Madu mentah boleh mengubati isu-isu yang berkaitan dengan mati pucuk lelaki dan kemandulan wanita. Manakala susu kambing mentah yang panas dicampur madu mentah dipercayai dapat meningkatkan jumlah penghasilan sperma.
  6. Salve (memalit) diperbuat daripada madu untuk diabetes dan ulser, terbukti berkesan apabila antibiotik tipikal yang lain tidak memberi kesan yang baik. Ia boleh digunakan untuk ekzema (eczema), kebusukan kudis (canker sores) atau gusi berdarah.
  7. Madu dicampur cuka epal (apple cider), meredakan penyakit seperti sakit perut, sembelit dan juga migrain. 
  8. Madu dan lemon boleh menghancurkan lemak. Oleh itu, jadikanlah ia sebagai sumber tenaga yang berguna untuk fungsi badan.
  9. Madu adalah bebas kolesterol dan dilaporkan boleh membantu mengawal tahap kolesterol di dalam badan.
  10. Madu mentah mempunyai tekstur yang likat disebabkan kandungan air yang rendah, ia tidak sesuai utk bakteria membiak & merupakan pengawet semula jadi yang baik.

Sokong petani tempatan untuk menambah pendapatan & ekonomi negara sendiri dengan membeli keluaran tempatan yang segar dan organik bila anda ingin mengambil madu.

Leave a Comment

Previous post:

Next post: